Kenapa Perlu Ada Laman Web ? Ini Langkah Penting Sebelum Membina Web Anda

📝 By Fatiha | 🗓️ May 27, 2024

Kenapa Perlu Ada Laman Web ? Ini Langkah Penting Sebelum Membina Web Anda

Tahukah anda, lebih 70% perniagaan telah mempunyai laman web perniagaan namun, rata-rata maklumat atau kandungan mereka kebanyakan daripadanya tidak dikemaskini dalam jangka masa yang lama. Ini memerlukan satu lagi pengeluaran kos untuk mengupah mereka yang profesional untuk mengemaskini laman web bisnes mereka kerana servis yang ditawarkan di awal pembinaan laman web tersebut tidak menawarkan servis selepas pembayaran (after-sales).

Kenapa SME Perlukan Laman Web ?

Dalam dunia yang tanpa sempadan, kebanyakkan perniagaan semakin bergantung kepada teknologi digital dan memiliki laman web bukan lagi sekadar pilihan tetapi satu keperluan untuk perniagaan mikro, kecil, mahupun sederhana (SME). Laman web bukan sahaja memudahkan pelanggan mencari maklumat tentang perniagaan anda, tetapi juga memperluaskan jangkauan pasaran dan meningkatkan kredibiliti perniagaan. Artikel ini akan membincangkan mengapa SME perlu memiliki laman web dan langkah-langkah penting yang perlu diambil sebelum memulakan proses pembinaan laman web supaya perbelanjaan yang dikeluarkan tidak membazir dan memberi pulangan yang diharapkan.

1. Meningkatkan Kredibiliti

Laman web yang profesional dan kemas menunjukkan bahawa perniagaan anda serius dan boleh dipercayai. Pelanggan berasa lebih yakin berurusan dengan perniagaan yang mempunyai kehadiran dalam talian.

2. Ketersediaan kedai atas talian 24/7

Tidak seperti kedai fizikal yang mempunyai waktu operasi terhad, laman web boleh diakses pada bila-bila masa, memberikan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan maklumat atau membeli produk pada bila-bila masa yang sesuai untuk mereka.

3. Pasaran Lebih Luas

Dengan laman web, perniagaan anda boleh menjangkau pelanggan dari seluruh dunia, bukan hanya yang berada di sekitar lokasi fizikal anda. Ini membuka peluang untuk memperluas pasaran dan meningkatkan jualan.

4. Pengurangan Kos Operasi

Laman web boleh mengurangkan kos operasi dengan memudahkan proses perniagaan seperti pengurusan pesanan, sokongan pelanggan, dan pemasaran.

Langkah-Langkah Penting Sebelum Membina Laman Web Anda

Sebelum memulakan pembinaan laman sesawang, SME perlu merancang dengan teliti untuk memastikan pelaburan yang dilakukan memberi pulangan yang maksimum. Berikut adalah beberapa langkah penting yang perlu diambil sebelum membina laman sesawang:

1. Perancangan Strategik

  • Tentukan Matlamat Laman Web: Adakah laman web ini untuk menjual produk, memberikan maklumat, atau untuk meningkatkan kesedaran jenama? Mengetahui matlamat anda akan membantu dalam perancangan dan reka bentuk laman web.
  • Kenali Audiens Anda: Fahami siapa pelanggan sasaran anda dan apa yang mereka cari. Ini akan membantu dalam menyediakan kandungan yang relevan dan menarik.

2. Penentuan Bajet

  • Kos Pembinaan: Anggarkan kos yang akan diperlukan untuk membina laman web, termasuk kos untuk pereka laman web, pembangun, dan pembelian domain (contoh: .com, .com.my, .my, dll.
  • Kos Penyelenggaraan: Pastikan anda juga mempertimbangkan kos penyelenggaraan seperti hosting, kemas kini berkala, dan sokongan teknikal.

3. Pemilihan Platform

  • Platform E-dagang: Jika anda bercadang untuk menjual produk secara dalam talian, platform seperti Shopify atau WooCommerce mungkin sesuai.
  • CMS (Content Management System): Jika anda lebih menekankan pada kandungan, WordPress adalah pilihan yang popular kerana kemudahan penggunaannya dan fleksibiliti.

4. Reka Bentuk dan Pengalaman Pengguna

  • Reka Bentuk Responsif: Pastikan laman web anda mesra mudah alih dan boleh diakses dengan baik dari pelbagai jenis peranti.
  • Navigasi Mudah: Reka bentuk laman web yang mudah dinavigasi membantu pelanggan mencari maklumat dengan cepat dan mudah, meningkatkan pengalaman pengguna.

5. Kandungan Berkualiti

  • Maklumat Lengkap dan Jelas: Sediakan maklumat yang lengkap dan jelas mengenai produk atau perkhidmatan anda, termasuk harga, spesifikasi, dan cara pembelian.
  • SEO (Search Engine Optimization): Gunakan teknik SEO untuk memastikan laman web anda mudah ditemui melalui enjin carian. Ini termasuk penggunaan kata kunci yang relevan, meta tag, dan kandungan berkualiti.

6. Keselamatan dan Privasi

  • Sijil SSL: Pasang sijil SSL untuk memastikan data pelanggan dilindungi semasa transaksi dalam talian.
  • Perlindungan Data: Patuhi peraturan perlindungan data seperti termaktub dalam Akta PDPA 2010 untuk melindungi privasi pelanggan anda.

7. Pengujian dan Pelancaran

  • Pengujian Beta: Sebelum pelancaran penuh, lakukan pengujian beta untuk memastikan semua fungsi laman web berjalan dengan lancar.
  • Pelancaran dan Promosi: Setelah semuanya siap, lancarkan laman web anda dan lakukan promosi melalui pelbagai saluran untuk menarik perhatian pelanggan.

Kesimpulan

Sekarang, anda telah mengetahui sedikit sebanyak info berkaitan pembinaan laman web yang efektif untuk kegunaan perniagaan anda. Bukan itu sahaja, dengan membina laman web yang efektif untuk SME adalah satu pelaburan yang bijak jika dirancang dan dilaksanakan dengan betul. Oleh itu, anda hendaklah bijak dalam mengambil langkah-langkah yang betul dari perancangan hingga pelancaran laman web anda supaya bajet yang dikeluarkan adalah berbaloi dan laman web tersebut memberikan pulangan yang diharapkan. Laman web bukan sahaja meningkatkan kehadiran digital perniagaan anda tetapi juga membuka pintu kepada peluang baru yang boleh membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi.

Di Xaevista, kami menawarkan penyediaan konten (kandungan) untuk laman web anda malahan, jika anda memerlukan khidmat pengemaskinian kandungan anda, kami sedia membantu. Jadi, tidak perlu risau lagi dengan kos pengeluaran untuk pemasaran digital anda dan kini, anda bebas untuk fokuskan kepada kos yang lebih penting.

Berminat untuk mengetahui lebih banyak lagi kelebihan pembinaan laman web dengan kami? Tekan tab Hubungi Kami (Contact Us) untuk maklumat lanjut atau emelkan kepada help@xaevista.com. Kami sentiasa mengalu-alukan mesej anda!

Fatiha
Xaevista | Pakar Pemasaran Digital